Warga USAS, Perak kunjungi Perpustakaan UniSZA
ISNIN, 4 NOVEMBER 2019

Seramai 15 orang warga Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak mengunjugi Perpustakaan UniSZA pada 3 November 2019 lalu. Lawatan penandaarasan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Perpustakaan USAS mengenai perkhidmatan dan fasiliti yang terdapat di Perpustakaan UniSZA.

Rombongan telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA di samping turut diberikan taklimat ringkas mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA






