Cetak

Aktiviti Jigsaw Puzzle, Music Box tarik minat pelajar SKTB dekati sejarah kegemilangan Sultan Zainal Abidin III

KHAMIS, 31 OKTOBER 2019

 

Dalam buku ‘Zainal Abidin III: Biografi Sultan yang Adil dan Alim’, tulisan Jelani Harun (2017) menceritakan bahawa baginda Sultan Zainal Abdin III adalah seorang sultan yang memerintah Terengganu antara tahun 1881-1918. Dalam konteks Kesultanan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III merupakan salah seorang daripada raja yang adil dan alim yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Terengganu, dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Baginda merupakan suatu contoh yang praktikal tentang amalan raja-raja yang adil dan alim yang masih dapat dikesani sejarahnya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang lalu, dengan erti kata baginda menuntut ilmu dunia dan akhirat, dan mengamalkannya dalam pemerintahan kerajaan.

                                          

Keadilan dan kealiman baginda sudah begitu tersohor dalam sejarah pembangunan Terengganu sebagai sebuah negeri yang menjunjung kuat institusi raja-raja. Ketokohan baginda selaku raja telah meninggikan martabat institusi Kesultanan Terengganu

Sejarah ketokohan baginda ini juga dipilih menjadi subjek utama bagi Pertandingan Jigsaw Puzzle Sultan Zainal Abidin III dan Pertandingan Music Box Kenali Sultan Zainal Abidin III bersempena Program ‘Sekolahku Universitiku’ yang berlangsung di Atrium Perpustakaan UniSZA pada 24 Oktober 2019.

                                          

Aktiviti yang dijalankan itu merupakan antara perantaraan yang ‘mudah tapi berkesan’ untuk menarik para pelajar mengenali serta mendekati Kesultanan Melayu Terengganu khususnya Sultan Zainal Abidin III. Selain itu, aktiviti tersebut juga merupakan suatu usaha mendidik para pelajar agar mencintai dan menghargai sejarah dan budaya negeri Terengganu. 

                                          

Seramai 12 orang peserta telah menyertai Pertandingan Jigsaw Puzzle Sultan Zainal Abidin III yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan 4 yang diwakili Muhammad Arif Ahmad Shafie, Nur Husnina Sofiya Yazlan dan Aulia Qaisara Hannani Muhamad Pisol telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut.

Manakala untuk Pertandingan Music Box Kenali Sultan Zainal Abidin III, semua peserta berjaya menjawab soalan-soalan dengan betul dan berjaya menerima hadiah masing-masing.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Ketua Pustakawan UniSZA, Encik Mohd Sabri Muda.

                                         

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions