Hari Warga Perpustakaan 2017 kukuhkan semangat berpasukan, erat silaturrahim
Hari Warga Perpustakaan 2017 yang berlangsung pada 7 Januari 2017 lalu membuka tirai kalendar aktiviti Perpustakaan UniSZA pada tahun ini.

Sesi bergambar staf Perpustakaan
Program yang dihadiri oleh warga Perpustakaan UniSZA ini diadakan di Scout Inn, Kuala Terengganu. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Yusuf Amin Ismail. Seterusnya, Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman turut menyampaikan ucapan pada program tersebut.
Beberapa acara sukaneka diadakan untuk memeriahkan lagi program iaitu Boling Nyior, Tendangan Penalti, Mencari Harta Karun dan Merisik Khabar Bertanya Berita.
Acara Boling Nyior
Acara Tendangan Penalti
Majlis penyampaian hadiah turut dijalankan usai acara sukaneka dan makan tengahari. Kumpulan Buntat yang diketuai oleh Pustakawan Kanan, Encik Mohd Sabri Muda telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman dan Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Faridah Muda.
Juara Keseluruhan sempena Hari Warga Perpustakaan, Kumpulan Buntat
Program santai sebegini bukan sahaja dapat mengukuhkan semangat berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim Perpustakaan UniSZA, bahkan ia juga dapat membawa mereka untuk ‘lari’ seketika daripada kesibukan kerja. Selain itu, program ini dapat merapatkan jurang antara warga Perpustakaan UniSZA serta memupuk semangat setiakawan dan muhibbah di antara mereka.
Diharapkan program sebegini akan berterusan dapat diadakan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. Program berakhir jam 1.30 tengahari.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA






