Pelajar dan guru Madrasah Idrisiah lawat Perpustakaan UniSZA
Perpustakaan UniSZA menerima seramai 81 orang pelajar dan empat orang guru pengiring dari Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak. Rombongan yang hadir ke Perpustakaan UniSZA bersempena lawatan sambil belajar ke UniSZA ini tiba pada jam 10.00 pagi tadi disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan. Rombongan ini telah diberikan taklimat ringkas mengenai Perpustakaan UniSZA dan kemudiannya dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna. Ini juga merupakan salah satu pengisian mereka dalam program lawatan mereka ke UniSZA. Perpustakaan UniSZA amat mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dan guru sempena lawatan ini. Diharapkan juga melalui lawatan sambil belajar ini, ia akan dapat memberi pendedahan khusus mengenai perpustakaan dan juga mampu memberikan suatu pengalaman serta persepsi baru kepada mereka. Sesi lawatan berakhir jam 11.00 pagi.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR
Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA