Cetak

Rombongan Kolej KEDA lawat Perpustakaan UniSZA

                                                                          

Bulan April merupakan bulan yang sibuk bagi warga Perpustakaan UniSZA kerana tidak menang tangan menerima ramai tetamu dari dalam dan luar negeri. Ini termasuklah di kalangan pelajar, guru mahupun  rombongan daripada institusi pendidikan tinggi. Perpustakaan UniSZA hari ini berbesar hati menerima kedatangan lebih 30 orang pelajar dan pensyarah yang datang dari utara tanahair yang juga merupakan ‘Negeri Jelapang Padi’, iaitu negeri Kedah. Rombongan dari Kolej KEDA ini yang tiba pada jam 9.30 pagi tadi telah disambut oleh staf dan juga pustakawan Perpustakaan UniSZA. Mereka telah diberikan taklimat ringkas di Makmal Komputer dan seterusnya dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA bagi memberi peluang mereka untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan untuk pengguna di Perpustakaan UniSZA. Ini merupakan salah satu program dalam rangka lawatan mereka ke negeri Terengganu. Sesi lawatan berakhir kira-kira jam 10.30 pagi.

                                        

                                        

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

 
                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions