Cetak

Lawatan Bermaklumat Pelajar SESMA

    

 

Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai 35 orang pelajar bersama 3 orang guru dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu pada 26 Mac yang lalu. Lawatan bermaklumat ini adalah bertujuan untuk mempelajari dengan lebih mendalam cara pengurusan Perpustakaan UniSZA dan melihat proses pendigitalan bahan-bahan perpustakaan yang dilaksanakan di Perpustakaan UniSZA. Para pelajar serta guru telah disambut oleh staf dan juga pustakawan Perpustakaan UniSZA pada petang itu. Rombongan yang tiba pada jam 2.30 petang ini seterusnya telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA bagi memberi pendedahan serta pengetahuan baru kepada warga sekolah terutamanya mengenai perpustakaan.

Perpustakaan UniSZA sentiasa berusaha untuk menjadikan perpustakaan supaya sentiasa dekat di hati para warga sekolah terutamanya para pelajar dan dapat memberi pendedahan kepada mereka. Ini juga dapat membantu mereka menambah ilmu selain daripada ilmu yang dipelajari di sekolah.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions