Cetak

Lawatan dari SMK Seri Bukit Puteri, Besut

     

Rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, Besut ini tiba di Perpustakaan UniSZA pada jam 11.00 pagi, 26 Mac yang lalu. Rombongan terdiri daripada beberapa orang pelajar dan guru ini telah disambut oleh staf dan juga pustakawan Perpustakaan UniSZA. Mereka telah diberikan taklimat ringkas dan seterusnya dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA bagi memberi pendedahan serta pengetahuan baru kepada warga sekolah terutamanya mengenai Perpustakaan UniSZA.

Ini juga merupakan usaha berterusan Perpustakaan UniSZA untuk menjadikan perpustakaan supaya sentiasa dekat di hati para warga sekolah terutamanya para pelajar. Ini juga dapat membantu mereka menambah ilmu selain daripada ilmu yang dipelajari dari guru-guru di dalam kelas.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions