Cetak

Perpustakaan UniSZA terima kunjungan Perwakilan Kabupaten Aceh Barat

  

Peribahasa Melayu ada menyebut, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Peribahasa tersebut sebenarnya dapat menggambarkan bahawa Perpustakaan UniSZA berbesar hati menyambut kunjungan  Perwakilan Kabupaten Aceh Barat, Indonesia semalam, yang tiba kira-kira jam 11.00 pagi. Kunjungan ini adalah bersempena dengan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Perwakilan Kabupaten Aceh Barat, Indonesia yang berlangsung pagi tadi. Perwakilan yang seramai 21 orang ini telah diiringi bersama Encik Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee dari Unit Komunikasi Korporat & Antarabangsa, UniSZA. Perwakilan ini disambut oleh Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman dan juga para pustakawan. Perwakilan ini telah dibawa melawat di dalam Perpustakaan UniSZA. Kunjungan selama sejam ini dapat mewujudkan suatu hubungan yang erat dan diharapkan mampu membina kerjasama yang baik antara UniSZA khususnya dan juga Perpustakaan UniSZA. Ia juga sedikit sebanyak dapat membantu memperkukuh hubungan serumpun dua negara yang sudah sekian lama terjalin iaitu antara Malaysia dan Indonesia. Sesi kunjungan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. 

 

  

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions