Cetak

Perpustakaan UniSZA terima Lawatan Panel Penilai MQA Diploma Sains Kejururawatan

Perpustakaan UniSZA hari ini berbesar hati menerima kunjungan seramai tiga orang panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersempena dengan Penilaian Akreditasi bagi Program Diploma Sains Kejururawatan. Lawatan dari pihak MQA ini yang terdiri daripada panel penilainya iaitu Puan Salmah Awang, Puan Jamizah Zuki dan Encik Mohd Zefli Ghaus Mohamed tiba kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Para penilai disambut oleh Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman bersama para pustakawan dan juga staf perpustakaan. Sesi lawatan ini merupakan lawatan yang dijalankan dalam memastikan penilaian akreditasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta menerima pengiktirafan yang baik daripada pihak MQA. Berfungsi sebagai sebuah badan jaminan kualiti, MQA memainkan peranan utamanya dalam membangunkan kriteria dan standard yang berkaitan sebagai rujukan kebangsaan bagi tujuan penganugerahan kelayakan dalam memastikan kualiti institusi pendidikan tinggi dan program. MQA juga ditubuhkan untuk mengakreditasi kursus-kursus yang memenuhi kriteria yang ditetapkan mengikut piawaian. Pihak MQA telah meluangkan masa selama sejam untuk sesi lawatan ini yang berakhir kira-kira jam 11.30 pagi. 

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions