Cetak

Ceramah “Transformasi diri menurut Al-Quran dan Sunnah” di Malam Warga Perpustakaan

Ceramah Modal Insan bertajuk “Transformasi diri menurut Al-Quran dan Sunnah” yang disampaikan oleh Ustaz Wan Fajrulhisyam bin Wan Abdullah dari Pusat Islam UniSZA mengisi program Malam Warga Perpustakaan UniSZA yang diadakan pada 27 Februari 2015, baru-baru ini. Ceramah selama sejam ini telah menarik perhatian seluruh warga Perpustakaan yang berlangsung usai solat Maghrib berjemaah di Auditorium Perpustakaan. Dalam ceramah tersebut, Ustaz Wan Fajrulhisyam banyak menekankan tentang 10 ciri muslim yang baik dan menghuraikan tajuk tersebut dengan pendekatan yang santai tetapi kupasannya mendalam. Penceramah juga turut mengingatkan kita semua bahawa kita harus melaksanakan tanggungjawab di dunia ini sebaik-baiknya sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Beliau juga turut mengimamkan solat Isyak diikuti dengan solat hajat secara berjemaah yang diadakan selepas selesai ceramah tersebut. Semua yang hadir kemudiannya dijamu dengan pelbagai hidangan yang disediakan di Laman Selera UniSZA. Malam Warga Perpustakaan ini berakhir kira-kira jam 11 malam.

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions