Cetak

Turnitin tarik minat golongan ilmuan

              

Sejajar dengan keperluan arus perdana masa kini, Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan taklimat Turnitin yang telah disampaikan oleh Encik Daniel Choo, dari Apex Knowledge Sdn. Bhd. Taklimat ini telah berlangsung pada jam 9 pagi di Makmal Komputer, Perpustakaan UniSZA. Turnitin merupakan suatu medium penting kini bagi menyediakan perkhidmatan khusus berasaskan Internet yang digunakan untuk mencegah plagiarisme. Ia telah dilancarkan pada tahun 1997. Turnitin juga boleh digunakan untuk mengenal pasti persamaan dengan sumber-sumber yang sedia ada atau boleh digunakan dalam penilaian formatif untuk membantu para pelajar serta warga akademik tentang bagaimana untuk mengelakkan plagiarisme dan memperbaiki hasil penulisan akademik mereka. Sesi taklimat ini telah menerima penglibatan ramai golongan ilmuan khususnya untuk hadir ke program ini. Sesi berakhir kira-kira jam 11.30 pagi. 

     

     

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions