Print

Delegasi University of Pathani kunjungi Perpustakaan UniSZA

Perpustakaan UniSZA berbesar hati menerima kunjungan seramai tujuh orang delegasi dari University of Phatani, Thailand pada 11 Februari baru-baru ini. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program lawatan delegasi ini ke Fakulti Undang-undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa (FLAIR), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Rombongan ini telah diiringi bersama Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Saleh, selaku wakil dari FLAIR. Rombongan ini yang tiba pada jam 11.30 pagi ini juga telah dibawa melawat di dalam Perpustakaan UniSZA. Kunjungan selama sejam ini telah mewujudkan suatu hubungan yang erat serta diharapkan mampu meningkatkan kerjasama yang baik antara UniSZA khususnya dan juga Perpustakaan UniSZA. Sesi kunjungan ini berlangsung selama sejam berakhir pada jam 12.30 tengahari.  

            

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions