Cetak

Perkongsian ilmu Perpustakaan UniSZA dengan warga PPDSNZ

Perpustakaan UniSZA hari ini berbesar hati untuk menjalankan satu sesi perkongsian ilmu bersama dengan lima orang staf dari Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah (PPDSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terdiri daripada tiga orang pembantu perpustakaan dan dua orang pustakawan. Ini adalah merupakan suatu perkongsian ilmu Perpustakaan UniSZA dengan mengadakan sesi latihan penjilidan dan pemuliharaan untuk warga PPDSNZ. Latihan ini dijalankan selama sehari di Perpustakaan UniSZA. Selain untuk menambah kemahiran dan pengetahuan mengenai penjilidan dan pemuliharaan bahan, sesi ini juga dapat menggalakkan percambahan idea dan bertukar pendapat antara dua organisasi. Ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah perpustakaan akademik yang sudah terjalin sejak sekian lama. Sesi latihan ini telah dijalankan oleh tiga orang staf dari Unit Pemuliharaan selaku fasilitator iaitu Amri bin Abdul Ghawi, Hilmie Aiman bin Abdullah dan Mohd Farouq bin Nurul Huda. Sesi latihan ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

         

         

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions