Cetak

Perpustakaan UniSZA terima Lawatan Panel Penilai MQA

Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai empat orang panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersempena dengan penilaian Akreditasi Penuh program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian pada 17 Januari baru-baru ini. Lawatan dari pihak MQA ini yang terdiri daripada panel penilai iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Muhammad Zahiri (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Abdull Sukor Shaari (Univerisiti Utara Malaysia) dan Cik Farah Shazawati Abd. Zaki (MQA) tiba di Perpustakaan UniSZA pada jam 9.30 pagi dengan disambut oleh Puan Rohani Othman, Ketua Pustakawan serta beberapa orang pustakawan dan staf perpustakaan. Sesi lawatan ini merupakan suatu lawatan penting dalam memastikan penilaian ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta menerima pengiktirafan yang baik dari pihak MQA. Pihak MQA telah meluangkan masa selama sejam untuk sesi lawatan ini yang berakhir kira-kira jam 10.30 pagi. 

 

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions