Cetak

“Functional sculpture” di EXCEED IV 2015, Perpustakaan UniSZA

EXCEED IV 2015 kembali dengan mengetengahkan tema “functional sculpture” atau teknik arca yang berfungsi. Program ini dianjurkan oleh para pelajar Ijazah Semester 7 bersama-sama pelajar Ijazah Semester 1, 3 dan 5, program Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) dan Kelab IDEC. EXCEED IV 2015 pada kali ini melibatkan seramai 32 orang pelajar dengan mempamerkan 39 buah produk.

Selain merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan bakat serta berkongsi cetusan idea mereka dengan dunia luar, program ini bertujuan untuk mempamer serta mempromosikan hasil-hasil kerja para pelajar tahun akhir Diploma Reka Bentuk Perindustrian kepada masyarakat.

Program ini berlangsung dari 5 Januari – 13 Januari 2015 bertempat di Perpustakaan UniSZA.

Ia mampu menjadi suatu medan yang tepat bagi menonjolkan bakat serta potensi besar yang ada pada para pelajar ini supaya dapat diperkembangkan ke peringkat lebih tinggi. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menarik minat syarikat-syarikat luar, selain dapat memperkenalkan nama UniSZA kepada masyarakat luar khususnya. Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA.

    

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions