Cetak

Kajian Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UniSZA 2014

Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bukan sahaja dalam semua sektor dan industri tetapi juga dalam institusi pendidikan. Pelajar dan staf yang bertindak sebagai pengguna kepada sesebuah institusi pendidikan seperti perpustakaan misalnya, mempunyai kehendak masing-masing yang perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan dan warga organisasi. Menyedari hakikat ini, Perpustakaan UniSZA kini sedang menjalankan suatu kajian kepuasan pelanggan di mana ia merupakan salah satu daripada instrumen pengukuran untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sesebuah organisasi. Kajian ini dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua pengguna serta membantu untuk menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada. Pengguna boleh menghantar maklumbalas dengan mengisi borang soal selidik secara atas talian bagi membantu kami membuat penilaian ke atas tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan yang kami sediakan. Diharapkan warga UniSZA dapat membantu kami untuk memberikan maklumbalas yang diperlukan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda sebagai pengguna. Ini juga dapat memberikan tanda aras dalam kepada perkhidmatan yang kami tawarkan dan seterusnya memberikan idea bagaimana untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan bagi memenuhi keperluan pengguna kami.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions