Cetak

Lawatan Fizikal oleh Pengarah Audit Sektor Badan Berkanun Persekutuan

12 Disember 2014 | Perpustakaan UniSZA hari ini berbesar hati menerima lawatan fizikal oleh Yang Berbahagia, Pengarah Audit Sektor Badan Berkanun Persekutuan, Datin Paduka Ong Swee Leng bersama-sama dua orang pegawai pagi tadi. Beliau beserta rombongan tiba kira-kira jam 8.30 pagi dan disambut oleh para pegawai di Perpustakaan UniSZA. Lawatan fizikal ini adalah sempena Pengauditan Prestasi terhadap Pengurusan Perolehan UniSZA. Beliau kemudiannya turut dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA dan  Pusat Tanggungjawab (PTj) lain di UniSZA bagi tujuan pengauditan. Sesi lawatan fizikal di Perpustakaan UniSZA berakhir kira-kira jam 12 tengahari tadi.

 

 

 

 

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions