Print

APIC 2014: ‘i-Lockerz’ diiktiraf anugerah emas

 

Pepatah Melayu ada mengatakan, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Apa sekalipun, pepatah ini sememangnya signifikan dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UniSZA, LUCERO yang telah dianugerahkan penarafan emas dua bintang malam tadi, setelah bertungkus-lumus dalam membawa hasil projek mereka, ‘i-Lockerz’ ke Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2014, yang berlangsung pada 24 – 26 November 2014, bertempat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Anugerah ini adalah suatu pencapaian membanggakan bagi kumpulan ini hasil daripada gabungan kerjasama, idea dan semangat berpasukan yang ditunjukkan dalam usaha untuk memperkenalkan produk ini ke peringkat yang lebih tinggi. Ini bukanlah suatu usaha yang mudah memandangkan penyertaan kali ini melibatkan persaingan yang begitu hebat daripada kumpulan-kumpulan lain daripada pelbagai jabatan. Antara kumpulan yang turut menghantar penyertaan ialah Mega Akses dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Terrabyte  dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Protech Endocrine (Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia), Technovators (Universiti Teknologi MARA, Pahang), dan Best (Universiti Teknologi Malaysia). Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Semoga anugerah ini akan lebih merangsang motivasi dan menyuntik semangat para peserta untuk lebih berdaya saing dan memajukan diri ke peringkat seterusnya.

 

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions