LUCERO bawa cabaran baru ‘i-Lockerz’ ke APIC 2014

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UniSZA, LUCERO telah menyahut satu lagi cabaran baru dalam mengetengahkan produk mereka iaitu ‘i-Lockerz’ di mana kumpulan ini telah menyertai Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2014, yang berlangsung pada 24 – 26 November 2014, bertempat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Konvensyen ini merupakan suatu program utama yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) sempena Asia Pasific Quality Conference (APQC). Konvensyen ini diadakan untuk memberi peluang bagi para peserta khususnya berkongsi idea serta merupakan suatu usaha serampang dua mata dalam menghidupkan budaya ‘knowledge-sharing’ atau perkongsian ilmu dan juga membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. LUCERO telah membawa hasil projek mereka, ‘i-Lockerz’ yang merupakan satu produk yang dihasilkan bagi menambahbaik sistem loker perpustakaan dalam mengenalpasti loker yang kosong bagi mengoptimumkan penggunaan loker yang sedia ada.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR
Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA






