Print

Warna-warni di Hari Perpustakaan UniSZA Kampus Tembila

Bertempat di Perpustakaan UniSZA Kampus Tembila, telah berlangsungnya Hari Perpustakaan pada 18 November yang lalu. Hari Perpustakaan ini berlangsung dengan meriah dan dipenuhi dengan para pengunjung yang ingin mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur sepanjang hari program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ‘Book Snake’, ‘Running Man: My Drawing’, ‘Sweet Stalker’, Teka Bisu dan Belon Bertuah. Seramai 300 orang termasuklah para pensyarah dan pelajar menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Menurut Puan Norhazura Yunus, yang merupakan pustakawan di Perpustakaan UniSZA Kampus Tembila, sambutan yang diterima sungguh menggalakan dan di luar jangkaan. Ini bertepatan dengan objektif program ini dijalankan iaitu untuk menjadikan perpustakaan agar sentiasa dekat di hati warga UniSZA.

Selain itu, pertandingan ‘selfie’ paling kreatif juga turut diadakan di mana ia telah dimenangi oleh para pelajar dari Fakulti Informatif dan Komputeran (FIK) iaitu Mohd Ikhwan Hadi bin Mat, Fajar Fakhrulzaman bin Lukman Shah dan Munawar bin Basir. Hari Perpustakaan ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

 

 

 

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions