Print

Sepetang Bersama Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Program bual bicara santai ini menampilkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai penceramah undangan khas. Konsepnya yang santai, bersesuaian dengan tajuknya, bicara santai suapan minda ini yang berlangsung pada 17 November lalu di Auditorium Perpustakaan UniSZA. Program yang telah dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 120 orang guru dan pelajar sekolah menengah selain warga UniSZA ini mendapat sambutan yang baik di kalangan audien. Pelajar-pelajar sekolah yang hadir pada program ini adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga, Kelantan, Sekolah Menengah Kompleks Mengabang Telipot, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT), Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi perkongsian ilmu selama sejam ini telah memberikan banyak ilmu dan pandangan yang telah diutarakan oleh Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

 

 

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah kini merupakan Professor di Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam (INSPIRE), UniSZA. Beliau juga sering muncul di media dan program Forum Perdana Ehwal Islam selaku moderator dan banyak menulis artikel-artikel di kolum akhbar, majalah dan jurnal. Diharapkan program ini dapat menjana impak-impak positif dalam diri para pelajar khususnya serta warga UniSZA untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions