Print

Perpustakaan UniSZA terima kunjungan dari UiTM

Seramai 30 peserta lawatan yang terdiri daripada para pelajar Sarjana Muda Pengurusan Maklumat, Semester 6 dan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UniSZA pada 30 Oktober 2014. Setibanya di Perpustakaan UniSZA kira-kira jam 9 pagi, para peserta telah diberikan taklimat oleh Encik Din Sulong dan Puan Norulhuda Makhtar, yang merupakan Pustakawan Kanan di Perpustakaan UniSZA. Mereka juga dibawa melawat di dalam Perpustakaan UniSZA. Lawatan ini adalah sesi percambahan dan perkongsian ilmu antara para pelajar dan warga Perpustakaan UniSZA selain dapat membuka minda para pelajar tentang pengurusan perpustakaan dan maklumat. Sesi lawatan ini berakhir kira-kira jam 12 tengahari.

 

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions