EXCEED V 2014 kembali dengan tema “Eco-tourism”


EXCEED 2014 merupakan program yang dianjurkan oleh para pelajar Diploma Semester 5 Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) telah berjaya menggalakkan serta menampilkan idea-idea baru kepada para pelajar dalam menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan negara. Menurut Pengarah Program, Is Aad Azizi bin Sokeman, EXCEED V 2014 pada kali ini yang bertemakan “eco-tourism” melibatkan seramai 30 orang pelajar dengan mempamerkan 60 buah projek pelajar termasuk beberapa projek tambahan.
Selain merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan bakat serta berkongsi idea mereka dengan dunia luar, program ini bertujuan untuk mempamer serta mempromosikan hasil-hasil kerja para pelajar tahun akhir Diploma Reka Bentuk Perindustrian kepada masyarakat.
Program yang dikendalikan oleh para pelajar Diploma Semester 5 sedang berlangsung selama 3 hari bermula 28 Oktober - 30 Oktober 2014 bertempat di Perpustakaan UniSZA. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan HEPA, Dr. Imran bin Abdullah.




Program ini adalah suatu program menarik yang mempamerkan pelbagai jenis hasil kerja para pelajar tahun akhir. Ia mampu menjadi suatu medan yang tepat bagi menonjolkan bakat serta potensi besar yang ada pada para pelajar ini supaya dapat diperkembangkan ke peringkat lebih tinggi. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menarik minat syarikat-syarikat luar untuk mengambil para graduan UniSZA bekerja di tempat mereka, selain dapat memperkenalkan nama UniSZA kepada masyarakat luar. Ia juga adalah satu usaha bagi menarik para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat tinggi di UniSZA.


Berita NOORFADZILAH MOKHTAR
Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA






