Persidangan OCLC di Jeju, Korea
Setiap tahun OCLC’s Asia Pacific Regional Council akan mengadakan persidangan keahlian di mana-mana negara dalam Asia Pasifik. Persidangan kali ke-6 pada tahun ini telah diadakan di Jeju, Korea Selatan bermula 13 – 14 Oktober 2014. Tema pada tahun ini ialah “Collaboration in the Asia Pacific Century”.
Melalui Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) seramai 12 orang termasuk seorang staf Perpustakaan UniSZA telah menghadiri persidangan tersebut. Keseluruhan penyertaan ialah seramai 300 orang dari pelbagai negara dan wilayah Asia Pasifik telah menghadiri persidangan ini.
Bersesuaian dengan temanya, objektif utama persidangan ini diadakan adalah untuk memberi manfaat kepada para pustakawan dari pelbagai sosio-budaya untuk menjalin kerjasama disamping mewujudkan platform bertukar-tukar fikiran, perspektif profesional seterusnya membangun serta memperbaharui jalinan persahabatan.
Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan oleh wakil dari 12 buah negara termasuk Malaysia. Secara keseluruhannya, kebanyakkan kertas kerja tersebut menumpukan aspek pengurusan dan perkongsian maklumat melalui institutional repository.
Berita MOHD SABRI MUDA
Gambar MOHD SABRI MUDA






