Minggu Perpustakaan UniSZA 2014 Berlangsung Meriah
klik album untuk melihat gambar aktiviti
Perpustakaan UniSZA telah mengadakan Minggu Perpustakaan pada 28 September 2014 (Ahad) sehingga 2 Oktober 2014 (Khamis) yang lalu. Minggu Perpustakaan ini diadakan bersempena Bulan Membaca 2014 dengan bertemakan “I Love Library, We Care, We Share, UniSZA is Everywhere” Minggu Perpustakaan ini dijalankan sebagai salah satu usaha untuk mendekati pelanggan secara lebih dekat dan mesra melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirangka oleh pihak Perpustakaan.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang Minggu Perpustakaan 2014 ini adalah Derma Darah / Pemeriksaan Kesihatan, Latihan Pangkalan Data, Permainan Dam Ular Gergasi, Amazing Library Race, Demo Penjilidan dan Pembaikan Ringan kepada Guru dan Pelajar Sekolah Terpilih, Forum Tribulasi Pencarian Ilmu dan Pameran.
Minggu Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor UniSZA, Yang Berbahagia, Prof. Dr. Kamaruddin bin Mohd Said di Auditorium Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Pustakawan, Puan Rohani binti Othman. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini iaitu Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT), Dato' Hajah Nor Akmal Binti Abdul Fatah dan Penolong Pengarah, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT, Encik Haji Akram @ Amir Abd. Majid. Majlis ini juga diserikan dengan ceramah kenegaraan yang bertajuk “Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung” oleh pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), Encik Mohamad Hafis bin Amat Simin. Sesi penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pihak Pusat Teknologi Maklumat atas kerjasama dan penglibatan mereka menyediakan sistem keluar masuk perpustakaan. Di majlis Perasmian Minggu Perpustakaan ini juga turut menyaksikan beberapa orang pelajar dan pensyarah diberikan beberapa hadiah bagi menghargai penglibatan mereka dengan perpustakaan. Penyampaian hadiah tersebut terbahagi kepada Pengunjung Perpustakaan Yang Aktif bagi kategori pelajar dan pensyarah dan Peminjam Terbanyak bagi kategori pelajar dan pensyarah. Berikut merupakan senarai penerima hadiah tersebut.
Peminjam Terbanyak (Pensyarah)
| Bil. | Nama | Fakulti |
| 1. | Azyati Mohd Nazim | FKI |
| 2. | Norasyikin Osman | FKI |
| 3. | Muhammad Rashidi Hj Wahab | FKI |
| 4. | Mohd Mustaffami Imas | PPI |
| 5. | Javeed Shaikh Mohamed | FSTK |
Peminjam Terbanyak (Pelajar)
| Bil. | Nama | Fakulti |
| 1. | Muhammad Nor Hisyam Zakaria | FBK |
| 2. | Aznida Aziz | PPS |
| 3. | Nor Hanisah Ahmad | FKI |
| 4. | Ainu Azyan Al Pansuri | FKI |
| 5. | Karim Mohamad Nor | FKI |
| 6. | Nur Shahirah Amelia Mat Rohani | FKI |
| 7. | Nurul Jalal Abdul Wahab Mujahid | PPS |
| 8. | Asfarina Zubir | FKI |
| 9. | Nor Fatimah Norhadi | FKI |
| 10. | Mohd Azman Abdullah | FKI |
Pensyarah Paling Aktif
| Bil. | Nama | Fakulti |
| 1. | Muhammad Noor Azuan bin Che A. Wahab | FPBSM |
| 2. | Siti Junaidah binti Ahmad | FPSK |
| 3. | Rohana binti Ismail | FIK |
| 4. | Engku Muhammad Tajuddin bin Engku Ali | FKI |
| 5. | Aznida Hayati binti Zakaria @ Mohamad | FIK |
Pelajar Paling Aktif
| Bil. | Nama | Fakulti |
| 1. | Nur Farzana binti Roslan | FKI |
| 2. | Farah Syazrah binti Mohd Ghazali | PPS |
| 3. | Siti Rashidah binti Abdul Rahim | FPSK |
| 4. | Nur Rabiatul Fidaiiah binti Hanafiah | FKI |
| 5. | Mohd Khusairi bin Abdul Rahim | FKI |
| 6. | Mira Marsya Miza binti Mohd Yasin | FPSK |
| 7. | Zainab Al Kubra binti Hamedan | FKI |
| 8. | Muhammad Aminuddin bin Aziz | FPSK |
| 9. | Noor Azlina binti Noor Din | FKI |
| 10. | Wan Nur Amirah binti Wan Mohd Suhaimi | FKI |
Minggu Perpustakaan UniSZA dimulakan dengan aktiviti Menderma Darah dan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 2 petang. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan tidak putus-putus dari kakitangan dan pelajar UniSZA. Seramai 90 orang kakitangan dan pelajar telah mengambil bahagian menderma darah dengan jayanya.
Sepanjang Minggu Perpustakaan ini telah berlangsungnya aktiviti latihan pangkalan data serta pameran. Antara pangkalan data tersebut adalah Wiley, Emerald, Ebsco, dan CLJ Law. Manakala pameran yang terlibat adalah Pameran Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Pameran Pusat Pelupusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPAT), Pameran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Pameran Y.E.S (ESeri).
Aktiviti perkongsian ilmu bersama dengan pelajar sekolah turut diadakan pada minggu perpustakaan bagi aktiviti Bengkel Penjilidan dan Pembaikan Ringan. Taklimat ini diberikan sendiri oleh kakitangan perpustakaan, iaitu Encik Mohd Nazli bin Embong dan dibantu oleh Encik Helmie Aiman bin Abdullah, Encik Amri bin Ghawi, Encik Mohd Farouq bin Nurul Huda dan Encik Haniff Rizal bin Mohd Zahid. Antraa sekolah yang terlibat adalah SMK Kompleks Mengabang Telipot, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, SMK Agama Dato’ Haji Abas, SMK Manir, SMK Padang Kemunting, dan SM Agama Atas Zainal Abidin yang dihadiri oleh sembilan guru dan 19 orang pelajar.
Minggu Perpustakaan kali ini juga dimeriahkan dengan aktiviti Permainan Dam Ular Gergasi bersama pelanggan yang diadakan pada hari kedua serta aktiviti Amazing Library Race pada hari keempat minggu perpustakaan ini berlangsung. Seramai 64 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti dam ular gergasi ini untuk setiap lapan sesi yang telah diadakan. Manakala seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti Amazing Library Race bagi setiap sepuluh sesi yang telah dijalankan.
Bagi pengisian minda dan ilmu, para hadirin dijamukan dengan satu perbincangan mengenai ujian dan cabaran dalam pencarian ilmu tanpa mengenal erti putus asa di Forum Tribulasi Pencarian Ilmu sebelum Majlis Perasmian Penutup Minggu Perpustakaan 2014 ini dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Puan Rohani binti Othman. Antara sekolah yang hadir menyaksikan forum dan memeriahkan majlis penutup ini adalah SMK Manir, SMK Agama Dato’ Haji Abas, SMK Kompleks Mengabang Telipot, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin dan SK Kompleks Tembesu. Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada kepada kakitangan Perpustakaan bagi Anugerah Staf Paling Mesra iaitu Puan Sofiah binti Khalid, Puan Kamariah binti Zaki dan Encik Yusuf Amin bin Ismail.
Secara keseluruhannya, Minggu Perpustakaan kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan perpustakaan. Ini boleh dilihat melalui bilangan pengguna yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pada Minggu Perpustakaan 2014.
Pihak Perpustakaan berharap agar Minggu Perpustakaan dapat dijadikan sebagai satu langkah bagi mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej perpustakaan serta mampu memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Ini membolehkan pihak Perpustakaan membuat penambahbaikan kepada perkhidmatan perpustakaan dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan pelanggan seiring peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu bagi menjana generasi bermaklumat.
Berita NUR ASYIKIN BINTI LUT AHMAD
Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA






