Program Jalinan dan Penandaarasan Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi di Shah Alam dengan Perpustakaan UniSZA
Perpustakaan UniSZA telah menerima lawatan dan kunjungan daripada 70 orang guru dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Shah Alam, Selangor pada 24 Mac 2014 (Isnin). Lawatan ini adalah bersempena Program Jalinan dan Penandarasan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong serta guru-guru berprestasi tinggi sekolah-sekolah di Selangor dengan Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu. Turut serta juga bersama-sama rombongan ini adalah guru besar sekolah, iaitu Datin Hajjjah Ramlah binti Asmuri. Antara tetamu yang turut serta termasuklah Encik Rashid Bin Mahmudin, Guru Besar Taman Alam Megah, Puan Ranizam Binti Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seafield, Penolong Kanan dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik dan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta mengeratkan perhubungan diantara kedua-dua pihak dimasa akan datang. Pihak sekolah juga berminat untuk bekerjasama, berkongsi idea dan pandangan bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan negara amnya. Rombongan guru sekolah ini tiba pada jam 9 pagi dan disambut oleh para staf dan juga pustakawan Perpustakaan UniSZA. Para guru telah diberi taklimat ringkas serta dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA bagi memberi pendedahan serta pengetahuan baru kepada warga guru terutamanya mengenai perpustakaan. Sedikit taklimat mengenai Perpustakaan Digital dan Sistem APPS turut juga dikongsi besama warga guru sekolah. Ini juga merupakan salah satu usaha berterusan Perpustakaan UniSZA untuk menjadikan perpustakaan supaya sentiasa dekat di hati para warga sekolah. Selain itu, lawatan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan silatulrahim serta jalinan kerjasama antara Perpustakaan UniSZA dan komuniti luar.
Berita NUR ASYIKIN BINTI LUT AHMAD
Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA






