Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Ke-5 : Adab Pergaulan dan Tingkah Laku
Pada 3hb Mei 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kelima 2012 yang bertempat di Auditorium Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.


Ceramah yang bertajuk ‘Adab Pergaulan dan Tingkah Laku’ telah disampaikan oleh Ustazah Sarifah Hamadiah binti Syed Husin, Pensyarah Universiti dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA yang dihadiri oleh staf Perpustakaan UniSZA.

Berita ROSNORZAINI RUSLI
Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA
Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul
Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan
Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium,
Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.




