Latihan Penggunaan Pangkalan Data IEEE Xplore

Perpustakaan UniSZA menganjurkan Latihan Penggunaan Pangkalan Data IEEE Xplore pada 18hb April 2012. Latihan pangkalan data ini bermula jam 10.00 pagi di Makmal Komputer, Perpustakaan UniSZA dan dihadiri seramai 32 orang peserta.



Penceramah ialah Encik Edward Kennedy Nasen Thevarakam, Pengurus IT Kanan, United Technology Malaysia Sdn. Bhd. dan dibantu oleh Encik Nik Ab. Kadir, Eksekutif Teknikal di syarikat tersebut.




Sesi latihan terbahagi kepada dua (2) iaitu sesi pertama bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12 tengah hari untuk Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT). Manakala sesi kedua dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang untuk Fakulti Informatik (FIT).


Latihan ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para pustakawan, pembantu perpustakaan kanan, pensyarah dan pelajar mempelajari tentang fungsi, peranan dan penggunaan pangkalan data IEEE Xplore. IEEE Xplore ini merupakan pangkalan data atas talian yang menyediakan akses kepada kandungan saintifik dan teknikal yang diterbitkan oleh IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers) dan sekutu penerbitannya. Terkandung hampir tiga (3) juta artikel teks penuh, 151 jurnal yang diperolehi daripada 900 kertas persidangan, lebih daripada 3,400 piawai, 400 buku elektronik dan 200 kursus pendidikan serta menyediakan akses secara web daripada kebanyakan penerbitan khususnya dalam bidang perkara seperti kejuruteraan elektrik, sains komputer dan elektronik.

 


Dengan adanya latihan sebegini, bukan sahaja staf atau pelajar dapat memanfaatkan pangkalan data tersebut malah penggunaannya akan turut meningkat sesuai dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh universiti.





Berita ROSNORZAINI RUSLI

Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA

Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul
Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan
Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium,
Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.
                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions