Perpustakaan UniSZA Anjur Latihan Penggunaan Pangkalan Data CINAHL
Pada 7hb Mac 2012, Perpustakaan UniSZA telah menganjurkan Latihan Penggunaan Pangkalan Data CINAHL bertempat di Dewan Auditorium, Blok Akademik, Kampus Gong Badak. Latihan pangkalan data ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Cik Noor Asyikin Abbas, Managing Director, Corporate and Medical Database dari EBSCOhost di Singapura.

Antara tujuan latihan diadakan untuk memberi kefahaman kepada para pustakawan, pembantu perpustakaan kanan dan staf akademik khususnya pensyarah serta pelajar kejururawatan dari segi penggunaan pangkalan data tersebut. CINAHL (Cumulative Index to Nursing and Allied Health) ini merupakan pangkalan data atas talian yang menyediakan akses kepada abstrak dan artikel teks penuh daripada jurnal serta kertas persidangan dalam bidang perkara kejururawatan dan bio perubatan.

Dengan adanya latihan sebegini, bukan sahaja staf atau pelajar dapat memanfaatkan pangkalan data tersebut malah penggunaannya akan turut meningkatkan ROI dan memberikan pulangan pelaburan kepada universiti.
Berita ROSNORZAINI RUSLI
Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA
Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul
Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan
Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium,
Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.




