Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Ketiga : Istiqamah
Pada 6hb Mac 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Ketiga 2012 yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah yang bertajuk “Istiqamah” telah disampaikan oleh Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah, Pensyarah Universiti, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA.
Berita ROSNORZAINI RUSLI
Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA
Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak. Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.






