Program Refreshment Pembantu Perpustakaan UniSZA 2012
Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan UniSZA telah mengadakan Program Refreshment Pembantu Perpustakaan pada 29hb Februari hingga 01hb Mac 2012 (Rabu dan Khamis) bertempat di Bilik Auditorium, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Program Refreshment ini adalah untuk Pembantu Perpustakaan mempertingkatkan pemantapan, pengurusan dan kecekapan dalam menjalankan kerja-kerja asas di Perpustakaan UniSZA. Di samping itu juga dapat meningkatkan kemahiran tentang perkhidmatan maklumat dan rujukan kepada pengguna.


Program latihan dua (2) hari ini telah memberi penumpuan kepada aspek-aspek seperti bentuk atau format taklimat pelajar secara teori dan praktikal. Pengisian program ini merangkumi beberapa modul yang telah disusun oleh tenaga pengajar seperti perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, sistem katalog perpustakaan, pencarian maklumat atas talian serta teknik terkini mengakses maklumat melalui internet. Tenaga pengajar adalah di kalangan Pustakawan UniSZA sendiri iaitu Encik Din bin Sulong dan Encik Mohd Sabri bin Muda. Program ini juga diselitkan slot bersama pembekal dari BERNAMA yang memberi latihan penggunaan pangkalan data BLIS.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk melatih dan memantapkan petugas perpustakaan untuk menjalankan kerja-kerja asas perpustakaan bagi membolehkan mereka membantu dalam mengendalikan perpustakaan dengan cara yang lebih efektif dan memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang efisien dan berkesan.

Berita ROSNORZAINI RUSLI
Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA
Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul
Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan
Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium,
Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.




