• banner21

    Persidangan Bahasa Arab Negara-negara Asia Tenggara dianjurkan secara bersama oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Ikatan Pengajar Bahasa Arab Se-Indonesia, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry dan Yayasan Asia Tenggara Kerajaan Thailand. Persidangan kali ketiga ini bertujuan meneruskan legasi yang telah dilaksanakan pada persidangan kali pertama dan kedua. Persidangan kali pertama telah menyentuh aspek peluang-peluang pembelajaran bahasa Arab di Asia Tenggara dan sejauh mana keberkesanannya. Persidangan kali kedua pula memfokuskan perbincangan berkaitan metod-metod pengajaran bahasa Arab yang berkait rapat dengan persidangan kali ketiga ini, iaitu kelangsungan dan kerjasama para pencinta bahasa Arab di Asia Tenggara, berkongsi pengalaman dan hasil pembelajaran untuk mengambil manfaat daripada aspek kekuatan buku pengajaran bahasa Arab yang sedia ada dan digunakan di negara-negara Asia Tenggara serta memperbanyakkan perbincangan tentang cara-cara mengatasi kelemahannya melalui usaha-usaha berikut:

    a) Memperkenalkan buku pengajaran bahasa Arab di negara-negara Asia Tenggara .
    b) Menilai dan memantapkan buku pengajaran bahasa Arab di institusi-institusi pendidikan negara-negara Asia Tenggara.
    c) Membentangkan solusi untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan buku pengajaran bahasa Arab.
    d) Melakukan gerak kerja dalam menyempurnakan penghasilan buku pengajaran bahasa Arab di pelbagai peringkat pengajian.
    e) Melakukan perancangan masa hadapan terhadap buku pengajaran bahasa Arab di negara-negara Asia Tenggara.

    Selain itu, persidangan ini menjadi pelengkap kepada usaha merealisasikan objektif persidangan yang lepas, iaitu antara objektif terpenting ialah memperkenalkan peluang-peluang yang disediakan untuk mengajar bahasa Arab di negara-negara Asia Tenggara serta aspek-aspek yang perlu ditekankan untuk mengembangkannya.