Keselesaan kehidupan di kampus

UniSZA merupakan antara kampus universiti awam yang terindah dan nyaman serta sesuai untuk suasana pembelajaran. Dari segi persekitarannya yang menghijau dan menjadi tempat persinggahan kepada 135 spesis burung, UniSZA adalah tempat yang selesa untuk masyarakat pelbagai kaum hidup dalam suasana yang harmoni dan bekerjasama.

    

Kolej Kediaman Kampus Gong Badak dibahagikan kepada tiga kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman A, Kolej Kediaman B dan Kolej Kediaman C.

Kolej Kediaman A merupakan kolej kediaman pertama yang dibina sewaktu penubuhan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1985. Mempunyai sebanyak 8 buah blok bangunan dan setiap blok telah dinamakan sempena nama tokoh-tokoh ilmuan islam. Kolej Kediaman A mampu memuatkan seramai 1024 orang pelajar pada satu-satu masa.

 

Kolej Kediaman A |  Kolej Kediaman B & C Kolej Kediaman DKolej Kediaman E

    

Kolej Kediaman Kampus Gong Badak dibahagikan kepada tiga kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman A, Kolej Kediaman B dan Kolej Kediaman C.

Kolej kediaman B dan Kolej Kediaman C siap dibina pada tahun 2010. Pembukaan kolej kediaman baharu ini adalah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah seiring dengan penaiktarafan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Darul Iman (UDM) pada tahun 2006. Kedua-dua kolej kediaman ini mempunyai 17 buah blok bangunan yang mampu memuatkan seramai 3268 orang pelajar pada satu-satu masa.

 

Kolej Kediaman A |  Kolej Kediaman B & C  |  Kolej Kediaman D |  Kolej Kediaman E

    

Kolej Kediaman Kampus Besut mula dibuka pada tahun 2013 seiring dengan pembukaan kampus baru Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Tembila, Besut. Kolej kediaman ini mempunyai 3 buah blok mampu menempatkan seramai 896 orang pelajar perempuan satu-satu masa.

Sebuah kolej kediaman baharu yang dinamakan sebagai Kolej Kediaman Taman Ilmu yang terletak di Taman Ilmu, Tembila telah dirasmikan pada 5 September 2017 dan mampu menampung seramai 240 orang pelajar lelaki.

 

Kolej Kediaman A |  Kolej Kediaman B & C  |  Kolej Kediaman D |  Kolej Kediaman E

    

Kolej Kediaman Kampus Perubatan atau lebih dikenali sebagai Asrama Maidam terletak di Kampung Ladang Sehat, Kuala Terengganu. Ia mula dibuka pada tahun 2009 dan dikhususkan untuk menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Mempunyai 2 buah blok iaitu Blok Siswa dan Blok Siswi. Maksimun bilangan pelajar yang mampu ditempatkan di kolej kediaman ini adalah seramai 336 orang.

 

Kolej Kediaman A |  Kolej Kediaman B & C  |  Kolej Kediaman D |  Kolej Kediaman E

Kolej-Kolej Kediamandi UniSZA

UniSZA menyediakan sebanyak lima buah kolej kediaman untuk memberikan keselesaan penginapan kepada mahasiswa. Setiap kolej kediaman mampu menampung antara 1000 hingga 2000 orang mahasiswa dalam satu-satu masa. Penginapan yang selesa akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan para mahasiswa sama ada dari segi aspek sosial, akademik dan kesukanan.