
UniSZA tempat terbaik untuk anda menyambung pengajian
Kehidupan di kampus
UniSZA merupakan salah satu kampus universiti awam yang terindah dan kondusif, sesuai untuk suasana pembelajaran yang efektif. Dikelilingi oleh kawasan hijau yang luas dan berdekatan dengan pantai, kampus ini juga menjadi habitat pelbagai spesis burung. UniSZA menyediakan persekitaran yang selesa dan inklusif, menggalakkan keharmonian dan kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Kemudahan di kolej kediaman

Bilik yang selesa, ibarat ruang peribadi untuk berehat dan mengisi semula tenaga selepas hari yang padat dengan kelas dan aktiviti kampus.

Kami komited menyediakan kemudahan lengkap bagi memastikan mahasiswa OKU dapat menjalani aktiviti harian dengan mudah dan selesa.

Kemudahan dobi di kampus menyediakan perkhidmatan cucian dan pengeringan pakaian yang mudah diakses oleh pelajar pada kos yang berpatutan.

Kafeteria menyediakan pelbagai hidangan berkhasiat yang dirancang untuk menyokong kesihatan dan kecergasan pelajar.

Kemudahan pembayaran tanpa tunai disediakan di semua premis dalam kampus, sejajar dengan kemajuan teknologi terkini.

Mesin ATM di kampus memudahkan warga kampus melakukan transaksi perbankan dengan cepat dan selesa.

Nikmati akses WiFi percuma tanpa henti, membolehkan pelajar terus terhubung di mana saja dalam kampus.

Surau kami yang mudah diakses memberi ruang selesa untuk pelajar melaksanakan ibadah dengan tenang.

Gym indoor dan outdoor dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menyokong aktiviti mengekalkan kecergasan pelajar.

Dewan serbaguna yang fleksibel, mampu memuatkan sehingga 80 orang dengan susunan kerusi yang boleh diubah suai mengikut keperluan.
Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail
Pengarah KKKP"Pelbagai prasarana dan kemudahan telah disediakan supaya para pelajar dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi mencapai aspirasi yang diharapkan."
Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah
Mantan Pengarah KKKP"Apabila anda sudah bergelar alumni, kolej kediaman akan menjadi tempat yang penuh memori serta menjalin persahabatan sebenar yang tiada penghujung."