Kunjungan Muhibbah Kolej Siswa UMT

lawatan UMTSatu sesi lawatan dari Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Kolej Kediaman UniSZA telah dijalankan pada hari Khamis, 9 Februari 2017. Rombongan  yang diketuai oleh Penolong Pendaftar, Zaizulhizma Salleh turut disertai oleh seramai lima orang kakitangan Kolej Siswa.

Rombongan terlebih dahulu telah dibawa melawat pejabat am kolej kediaman bagi melihat rekabentuk kotak penyimpanan kunci bilik mudah alih. Dengan fungsi mudah alih untuk dibawa ke mana-mana dan susunan kunci yang teratur, kotak penyimpanan kunci ini sangat ideal untuk diaplikasikan di mana-mana kolej kediaman universiti awam mahupun swasta.

Tentatif lawatan diteruskan ke Blok Ummu Kalsom dan Fatimah bagi melihat kelengkapan bilik penginapan pelajar. Pertukaran idea pendapat telah dilakukan bagi menambahbaik kelengkapan di kolej kediaman masing-masing. Adalah menjadi matlamat mana-mana kolej kediaman pusat pengajian untuk menyediakan penginapan terbaik dan selesa kepada pelajar.

Sebagai mengakhiri lawatan, rombongan UMT telah dibawa melawat dapur pelajar di Blok A untuk mencari kaedah terbaik menyediakan ruang memasak yang selamat dan selesa bagi kemudahan pelajar antarabangsa. Umum sedia maklum bahawa setiap pelajar antarabangsa yang menginap di kolej kediaman mempunyai citarasa makanan yang berbeza dengan pelajar tempatan.

Sebagai alternatif kepada makanan yang dijual di kafeteria, pihak kolej kediaman harus mengambil inisiatif sendiri menyediakan ruang memasak kepada mereka namun tertakluk dengan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan terjamin.

 

 

Cetak