KUALA NERUS, 29 April 2025 – Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) telah menganjurkan Program Jelajah Healing Siri 1.0 bertempat di Bukit Maras sempena tahun 1445 Hijrah pada 19 April 2025.
Program ini bertujuan menyediakan platform kepada pelajar untuk menjalani aktiviti luar yang sihat, sekaligus meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Selain itu, ia bertujuan memupuk semangat kerjasama, disiplin, dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa serta menanamkan kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Penyertaan dalam program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penghuni kolej kediaman dan pelajar luar kolej. Sepanjang aktiviti pendakian, para peserta berpeluang mengenali kepelbagaian flora dan fauna, di samping mengeratkan hubungan antara MKK, penghuni kolej kediaman dan pelajar luar kampus.
Penganjur berharap, dengan berakhirnya Program Jelajah Healing Siri 1.0 ini, nilai-nilai murni seperti kerjasama, kepimpinan dan semangat kebersamaan yang dipupuk sepanjang program akan terus disemai dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UniSZA.