Kempen Derma Darah

12122016 01

Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kerjasama Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan kempen derma darah selama dua hari bermula dari 12 Disember 2016.

Kempen tersebut dianjurkan untuk menampung keperluan semasa Tabung Darah HSNZ dan telah dilangsungkan di Foyer Kolej Kediaman UniSZA.

Kempen derma darah ini sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan dari kalangan penuntut dan staf UniSZA setiap kali diadakan dalam membantu menambah bekalan darah di HSNZ.

Menurut laman rasmi Unit Tabung Darah HSNZ, di negri Terangganu sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 40 orang penderma setiap hari sepanjang tahun bagi menampung keperluan darah.

Blood Bank akan menyimpan minima stok darah sebanyak penggunaan untuk seminggu. Contohnya jika penggunaan darah seminggu ialah 250 unit, maka Unit Tabung Darah akan memastikan bahawa stok darah semasa melebihi 250 unit. Ini bagi memastikan stok darah mencukupi untuk kegunaan kes-kes perdarahan kecemasan yang teruk.

Seorang penuntut UniSZA yang ditemui berkata, kempen yang dianjurkan adalah platform terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan darah dan beliau terpanggil untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.

“Menderma darah dengan konsisten merupakan cara saya berbakti kepada masyarakat sekeliling kerana kita tidak tahu betapa pentingnya darah kepada mereka yang memerlukan terutama sekali mangsa kemalangan, pesakit kronik dan sebagainya,” jelasnya menutup bicara ringkas.

Cetak