Tips dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Tips dan persediaaan menghadapi peperiksaan

Pada musim peperiksaan yang kian tiba, Majlis Kolej Kediaman C (MKK C) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah melaksanakan program ceramah ‘Tips dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan’ pada 13 Disember 2016 bersamaan hari Selasa bertempat di Speaker Corner, Kampus Gong Badak.

Motif penganjuran program ini bagi memberi pendedahan mengenai teknik-teknik dan cara yang terbaik untuk mengulang kaji pelajaran di samping memberi suntikan motivasi supaya mahasiswa/i sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi peperiksaan akhir semester.

Penceramah jemputan,Ustaz Mohd Shahrizal Nasir daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan inspirasi dan semangat mahasiswa dalam menuju redha Illahi di samping mencapai kecemerlangan akademik yang ingin dikecapi serta membentuk mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani yang mempunyai persediaan dalam menghadapi semua perkara.

Secara keseluruhannya, program ini dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang dan termaktub dalam tentatif program.

Salah seorang peserta program telah menzahirkan rasa gembira dan puas hati terhadap intipati ceramah yang telah disampaikan dan mengharapkan program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia benar-benar memberi impak positif khususnya kepada pelajar.

Pihak MKK C merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA, Kolej Kediaman, seterusnya barisan kepimpinan MKK yang lain diatas sokongan dan bantuan untuk menjayakan program  ini.

Cetak