Bengkel Pengurusan Organisasi Majlis Kolej Kediaman

KPO 1Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi Majlis Kolej Kediaman (MKK) Sesi 2016/2017 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun pada 15 Disember 2016.

Kursus yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli MKK tentang pengurusan organisasi. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk membantu dan mengasah ahli-ahli MKK di dalam memikul tanggungjawab dan amanah di dalam mentadbir organisasi dan juga membantu di dalam penguatkuasaan Perintah Kolej Kediaman.

Seramai 44 orang ahli MKK dari Kolej Kediaman Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Tembila telah melaporkan diri untuk mengikuti bengkel yang dijalankan ini.

Sebanyak tiga slot ceramah dan taklimat telah disediakan sebagai pengisian kursus yang dipimpin oleh barisan penceramah yang memiliki kredibiliti yang tinggi dan berpengalaman.

Antara slot yang telah dilaksanakan ialah latihan dalam kumpulan, penyediakan kertas kerja dan laporan, surat menyurat dan sistem fail, simulasi, protokol dan pengurusan acara dan sesi pembentangan.

Majlis penutup bengkel ini dan penyampaian watikah pelantikan MKK telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman. Dikesempatan itu juga, beliau turut menyampaikan amanat kepada peserta dengan memberi kaedah bagaimana bekerja dalam berkumpulan dalam mencapai matlamat organisasi.

Rata-rata peserta program ini memberikan maklumbalas yang amat positif dan berharap bengkel seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Cetak