Penyelenggaraan Portal Kolej Kediaman UniSZA

server problem

Ekoran masalah server yang berlaku, pihak PTM telah memaklumkan bahawa portal kolej kediaman telah mengalami kehilangan data yang agak serius sepertimana yang dialami oleh portal PTj yang lain. Terdapat gangguan pada backup data yang mengakibatkan maklumat terkini yang ada pada portal hanyalah sehingga bulan Ogos 2015.

Unit IT dan Luar Kampus dengan kerjasama pihak PTM telah mengambil inisiatif untuk membina kembali portal kolej kediaman menggunakan Joomla yang telah diupgrade kepada versi 3, template baru dan penggunaan widgetkit yang lebih meluas memandangkan portal sebelum ini terdapat banyak kekurangan dan memerlukan penambahbaikkan.

Maklumat-maklumat berkaitan program dan berita sepanjang tahun 2016 telah hilang dari portal. Memandangkan pihak kami ada menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk jurnal, jadi para pengunjung boleh menyelusuri kembali program-program yang dianjurkan oleh pihak kolej kediaman dan MKK dengan memuat turun 'Makalah Kolej Kediaman' yang telah disediakan di frontpage portal ini.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami sepanjang portal ini ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan. Semoga portal baru ini menjadi lebih menarik dan mengandungi lebih banyak informasi dari portal sebelumnya. Selamat melayari Portal Kolej Kediaman UniSZA.

Cetak