MARANG, 5 April - Pada 3 dan 4 April 2024, Majlis Kolej Kediaman (MKK) telah melaksanakan satu program di bawah “Student Empowerment” yang berkaitan kepimpinan di Merchang Glamping Park Campsite di Marang selama dua hari satu malam.
Program yang diberi nama MKK Smart Leadership Camping ini adalah satu langkah untuk memperluaskan kokurikulum pelajar yang menonjolkan nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar dan kakitangan.
Peserta terdiri daripada kalangan 36 orang penuntut tahun 1 UniSZA manakala seramai 18 orang ahli MKK dan kakitangan Pejabat Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar bertindak sebagai urusetia dan fasilitator
Program ini dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang kemahiran asas kepimpinan yang perlu dikuasai bagi mereka yang ingin cemerlang dalam akademik dan kepimpinan sekaligus menekankan kepentingan kemahiran insaniah dalam diri seorang yang bergelar penuntut ilmu.
Banyak aktiviti bertemakan Kelangsungan Kehidupan telah dijalankan seperti tarik pukat sungai, berkayak, jungle tracking, malam kebudayaan dan memasak bersama kumpulan.
Majlis penutup program telah dirasmikan oleh Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail selaku Pengarah Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar.