Soalan Lazim

S. Bagaimana keputusan permohonan penempatan ditetapkan? Apa perlu dilakukan sekiranya permohonan tidak berjaya?
J: Keputusan permohonan bergantung kepada kekosongan dan Dasar Keutamaan Penginapan Kolej Kediaman. Sekiranya permohonan tidak berjaya, pelajar wajib mengisi borang permohonan tinggal di luar kampus.

S. Dimana borang permohonan tinggal di luar kampus boleh didapati?
J: Mulai tahun 2014, pengisian permohonan tinggal di luar kampus boleh dilakukan melalui sistem e-NR (Electronic Non Resident) yang terdapat didalam portal pelajar.

S. Berapa kadar caj yuran kolej kediaman?
J: Kadar caj yuran adalah berbeza bagi setiap kolej kediaman. Sila klik pada e-Informasi untuk melihat kadar caj yuran.

S. Adakah pihak luar boleh memohon menginap di asrama tamu?
J: Bergantung pada kekosongan jumlah asrama tamu dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kolej Kediaman.

S. Bagaimana ingin membuat semakan yuran/ hutang?
J:Semakan yuran atau hutang  boleh dirujuk kepada Pejabat Bendahari UniSZA.

S. Bagaimana hendak memohon jawatan Felo Kolej Kediaman?
J: Permohonan boleh dibuat melalui pengisian borang permohonan felo yang boleh diperolehi di Pejabat Kolej Kediaman. Pengambilan dibuat berdasarkan kekosongan jawatan tersebut. Calon yang layak akan melalui proses temuduga sebelum dilantik.

S. Bilakah permohonan jawatan ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) dibuka?
J: Permohonan ahli Majlis Kolej Kediaman akan dibuka selepas berakhirnya pilihanraya kampus. Hebahan pemilihan ahli baru akan dilakukan melalui portal pelajar.

Cetak