Warga UniSZA :   email  ico staff                         Ikuti Kami :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Banner Website 2017

Personaliti

Perutusan Pengarah

Assalam

Perutusan PengarahAlhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW.

Selamat datang ke laman sesawang Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Saya mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi wahana yang ampuh dalam menyebarkan maklumat tentang Kolej Kediaman UniSZA kepada khalayak dan massa ke arah menjadikan UniSZA sebagai pilihan utama masyarakat dalam usaha menimba ilmu pengetahuan.

Laman ini diwujudkan bagi memudahkan warga Kolej Kediaman UniSZA dan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di UniSZA amnya dan di Kolej Kediaman khususnya di samping menjadi medan untuk pihak pengurusan kolej kediaman menyampaikan maklumat kepada warga kolej kediaman.

Dalam usaha menjayakan agenda transformasi pendidikan tinggi Negara untuk meletakkan kolej kediaman IPTA setanding atau setaraf dengan kolej-kolej kediaman universiti tersohor di dunia tetapi dalam acuan Malaysia, maka pihak pengurusan Kolej Kediaman UniSZA berusaha dengan penuh iltizam menjadikan Kolej Kediaman UniSZA sebagai sebuah penempatan pelajar yang sejahtera, selamat dan berkualiti untuk pembangunan insaniah dan pembentukan sahsiah pelajar. Untuk itu, pelbagai prasarana dan kemudahan telah disediakan supaya para warga kolej kediaman ini dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi mencapai aspirasi yang diharapkan.

Maklumat di dalam laman ini menerangkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman untuk dijadikan rujukan  dan panduan kepada semua warga kolej kediaman. Ia juga diharap dapat memberi impak kepada semua warga Kolej Kediaman UniSZA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina daripada semua warga Kolej Kediaman UniSZA untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan melalui laman sesawang ini. Selamat melayari laman sesawang ini demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.