PROGRAM BAKTI SISWA @ I-BEST 1.0 DI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ

Kuala Nerus, 7  April 2024 - Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut telah dipilih oleh UniSZA untuk dijadikan sekolah angkat bagi tahun 2024 untuk bersama melahirkan pelajar cemerlang yang berkemahiran tinggi dalam aspek duniawi dan ukhrawi.

Program Bakti Siswa @ I-Best 1.0 : Edisi Ramadan ini diadakan sempena memulakan kerjasama lebih erat antara SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut (I-Best) dengan Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA secara lebih strategik.

Seramai 34 orang mahasiswa dari Majlis Kolej Kediaman UniSZA telah terlibat secara aktif dalam menjayakan Bakti Siswa @ I-Best : Edisi Ramadan kali ini pada Selasa 2 April 2024 bermula pagi sehingga selesai solat terawih bersama pelajar Imtiaz Besut.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar I-Best tentang kemahiran asas yang perlu dikuasai bagi pelajar yang ingin cemerlang dalam akademik dan sahsiah sekaligus menekankan kepentingan kemahiran insaniah dalam diri seorang yang bergelar penuntut ilmu.

Majlis turut dimeriahkan dengan perasmian Dewan UniSZA @ I-Best oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (HEPA) bersama Tuan Hj Ahmad Zaki Bin Mohamad, Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut

Diharapkan program ini terus menjadi batu loncatan bagi kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kesefahaman dan semoga kerjasama ini terus dieratkan dengan program kolaboratif pada masa hadapan.

Cetak