Perkongsian Ilmu Bersama Kolej Kediaman Luar Kampus UMT

Kuala Nerus, 16 Januari 2024 - Seksyen Luar Kampus, Pejabat Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar UniSZA yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar, Encik Rusdi Muda, telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Kediaman Luar Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 19 Disember 2023.

Program lawatan julung kali ini turut disertai oleh Pengetua Luar Kampus, Dr. Mohd Ibrahim Abdullah dan seorang penyelia asrama.

Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada staf untuk melihat proses pentadbiran unit luar kampus UMT menambah baik kualiti perkhidmatan melibatkan aspek pengurusan fasiliti penginapan pelajar, pengurusan program serta pengumpulan maklumat pelajar.

Memandangkan UMT dan UniSZA berada berdekatan, masalah berkaitan penginapan pelajar luar kampus wajar digalas bersama demi memastikan tiada pelajar yang terkandas dalam pembelajaran.

Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kolej Kediaman Luar Kampus UMT, Encik Mohd Yusmiza Mamat serta barisan kakitangan di atas perkongsian maklumat dan semoga kerjasama ini dapat terus dieratkan pada masa hadapan.

Cetak