Lawatan Penanda Aras Kolej Kediaman Dalam Kampus UMT

Kuala Nerus, 16 Januari 2024 - Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman UniSZA (Kampus Gong Badak) telah menerima lawatan rasmi dari pengurusan Kolej Kediaman Dalam Kampus, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 10 Januari 2024.

Seramai lima orang kakitangan telah menyertai lawatan penanda aras ini yang diketua oleh Timbalan Pengarah Kolej Kediaman Dalam Kampus, Prof. Madya Dr. Zairihan Abdul Halim.

Hasrat utama kunjungan lawatan ini adalah sebagai salah satu inisiatif pengurusan Kolej Kediaman UMT untuk berkongsi pengalaman dan meninjau sendiri tentang pengurusan Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP) UTHM.

Pelbagai perkongsian yang dibincangkan bersama sepanjang sesi diskusi berlangsung, diantaranya berkaitan sistem urus tadbir pengurusan, penginapan pelajar serta pengelolaan kemudahan infrastruktur yang disediakan kepada penghuni kolej kediaman.

Selain itu, lawatan ini juga menjadi satu tunjang kepada kedua-dua belah pihak pengurusan dalam memastikan urus tadbir kolej kediaman universiti awam ke arah lebih kondusif dan sistematik.

Cetak