PERSIDANGAN MPKK 2023 PERINGKAT ANTARABANGSA

Kuala Nerus, 9 Disember 2023 – Kolaborasi antara Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Majlis Perumahan Universiti Awam (MAPUM) dan Majlis Kolej Kediaman telah merealisasikan penganjuran Persidangan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman Pelajar Peringkat Antarabangsa 2023 pada 8 hingga 9 Disember 2023.

Sebanyak 16 buah universti awam telah menghantar wakil perwakilan kolej kediaman untuk menyertai persidangan ini yang diadakan di UniSZA, Kampus Gong Badak selaku tuan rumah.

Seramai 64 peserta telah membentangkan usul yang berteraskan empat tema iaitu kepimpinan, kesukarelawanan, kesukanan dan keusahawanan.

Sebanyak 11 usul telah diterima dan akan dibawa ke Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dipertimbangkan sebelum diangkat ke peringkat seterusnya.

   

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA, YBhg. Dato’ Prof Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff bertempat di Dewan Perdana.

Antara yang terkandung dalam ucapannya adalah jika mahasiwa berjaya di peringkat komuniti kolej kediaman, tidak mustahil mahasiswa boleh terus mencapai kejayaan di peringkat komuniti luar dimana ianya dapat mengambarkan kematangan mahasiswa tersebut.

Gimik perasmian penutup adalah penyerahan watikah penganjuran persidangan pada tahun hadapan kepada wakil dari Universiti Utara Malaysia.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat majlis adalah Timbalan Naib Canselor (HEPA) UiTM merangkap pengerusi MAPUM, Prof Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, Ketua-ketua PTj serta pegawai-pegawai universiti awam.

     

Cetak