UniSZA Fitness Day 2023 Menggalakkan Gaya Hidup Sihat

  

Kuala Nerus, 18 Oktober 2023 - Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA telah menganjurkan program UniSZA Fitness Day bertempat di Foyer Kolej Kediaman dan sekitar Kampus Gong Badak.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i tentang pentingnya penjagaan kesihatan fizikal dan mental.

Antara aktiviti yang terkandung dalamprogram ini ialah pameran kesihatan, derma darah, ceramah “How To Be Good Listener”, berbasikal dan Neon Night Run.

Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar, Dr. Wan Omar Ali Saifuddin Wan Ismail ketika berucap merasmikan program berkata, program sebegini amatlah baik untuk dilakukan kerana kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dijaga.

Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana program yang dijalankan ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari kalangan penghuni kolej dan pelajar yang tinggal di luar kampus.

Turut mengulas, Mohamad Zulkifli Mat Hussin selaku Presiden Majlis Kolej Kediaman memaklumkan bahawa rata-rata pelajar yang menyertai program ini berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap agar dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Cetak