663 MENDAFTAR MASUK PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA SESI 2023/2024

KUALA NERUS, 23 Julai - Seramai 663 orang pelajar baharu program Asasi dan Diploma telah mendaftar masuk ke Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi 2023/2024.

Proses pendaftaran secara bersemuka telah diadakan tepat jam 8.30 pagi di dua lokasi berbeza mengikut kategori jantina di perkarangan Pejabat Kolej Kediaman, Kampus Gong Badak.

Bilangan kemasukan kali ini masih dominasi oleh pelajar perempuan dengan rekod mendaftar masuk seramai 427 orang diikuti oleh pelajar lelaki seramai 336 orang.

Pejabat kolej kediaman telah menyediakan kemudahan penginapan mencukupi yang sesuai dengan bilangan pelajar yang ditawarkan masuk ke UniSZA merangkumi tiga buah blok bagi pelajar lelaki dan lima blok pelajar perempuan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Fadzli bersama pengurusan tertinggi UniSZA turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama ibu bapa dan pelajar di perkarangan kolej kediaman UniSZA.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menyambung pengajian serta menjadi sebahagian Keluarga UniSZA." katanya ketika ditemui di sesi pendaftaran hari ini.

Cetak