SOLAT HAJAT SEMPENA PENYERAHAN BLOK ASRAMA SIAP DINAIK TARAF

KUALA NERUS, 15 Mac - Sebanyak empat buah blok asrama yang telah siap dinaik taraf telah diserahkan secara tidak rasmi kepada Pejabat Kolej Kediaman untuk dilakukan kerja-kerja pemeriksaan dan persiapan kemasukan pelajar.

Bangunan terlibat merangkumi blok Khansa', Ummu Sulaim, Ummu Kalsum dan Ummu Umairah yang terletak di Kolej Kediaman A, Kampus Gong Badak mampu memuatkan hampir 480 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Bersempena dengan penyerahan tersebut, satu majlis ringkas solat hajat telah diadakan di Musolla Khansa' usai solat zohor yang diketuai oleh Ustaz Mohd Said Ismail, imam Masjid UniSZA dengan kehadiran seramai 45 orang kakitangan pelbagai jawatan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff dalam ucapannya telah memberi peringatan kepada pentadbiran Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar agar dapat mengawal selia fasiliti ini dengan baik dan menyediakan tempat penginapan yang terbaik kepada pelajar.

Menjadi harapan beliau untuk melihat fasiliti baharu ini diurus dan dijadikan sebagai sebuah fasiliti yang berkualiti dan berstandard.

 

Cetak